Bekam ialah satu proses mengeluarkan darah kotor atau angin atau kedua-duanya sekali dari dalam tubuh melalui kulit dengan menggunakan peralatan tertentu

Tuesday 18 December 2012

BEKAM MERAWAT KEBAS - KEBAS TANGAN

Selalukah anda merasa kebas tangan?Jika anda merasa kebas tangan dan ia berlaku berulang-ulang ,ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena atau mungkin ada berlaku kerosakan atau penyakit pada saraf dijari,pergelangan tangan,tangan,lengan atau leher.Kerosakan saraf di tangan mungkin disebabkan oleh kecederaan semasa menjalankan aktiviti yang lasak seperti menaip,menggunakan komputer atau mengendalikan mesin yang bergetas kuat.

Pembengakakkan di sendi-sendi seperti di pergelangan tangan yang memberi tekanan kepada saraf median yang mengurangkan kelancaran peredaran darah di tangan.

Tangan kebas juga merupakan salah satu daripada tanda awal serangan strok/angin ahmar….. jadi, kebas tangan ini jangan dipandang enteng sahaja.

Kebas tangan ini boleh juga dikurangkan dengan rawatan bekam.Insyallah tangan anda tidak akan kebas lagi kerana darah akan mengalir dengan lancar.

PESAKIT SIHIR ELOK BERBEKAM...


Kepada mereka diluarsana yang menderita penyakit sihir atau gangguan makhluk halus anda dinasihatkan untuk berbekam 2 minggu sekali.Biasanya mereka yang mengalami masalah ini akan mengalami kelesuan dan keletihan ditahap maksimum,rasa berat dibahu,pinggang dan kepala terutama selepas waktu asar.sebenarnya jin akan duduk didalam darah dan akan melemahkan bahagian sendi manusia.Tujuan utamanya adalah untuk melemahkan tubuh seseorang daripada melakukan sebarang kerja terutamnya ibadah.Insyallah selepas berbekam , badan anda akan terasa ringan dan lebih segar serta masalah gangguan juga berkurangan.Kepada pesakit sihir juga anda digalakkan makan kurma ajwah sebanyak 7 biji sehari serta mengamalkan makan Habbatus sauda 3 biji sehari...

Sabda Rasulullah S.A.W: "Habbatus sauda itu adalah penawar bagi segala jenis penyakit kecuali penyakit mati sahaja"..Riwayat al Bukhari

KEBAIKAN BERBEKAM OVERHAUL

 

 

BAGAIMANA RAWATAN BEKAM BERFUNGSI PADA TUBUH BADAN...


1)Darah kotor yang keluar dari tusukan jarum bekam adalah darah kotor yang mengandungi toksid,toksin,uric acid,kolestrol,angin,sel darah merah yang rosak dan juga unsur gangguan jin.Selepas berbekam kita akan terus terasa segar dan bertenaga kerana badan jadi ringan akibat pengeluaran toksid dari badan.

2) Akibat tusukan jarum bekam pada titik tertentu akan meningkatkan hormon regenerasi sel.Hormon ini bertindak untuk memperbaiki fungsi organ tubuh/sel akibat kerosakan/kecederaan. Organ tubuh yang terganggu fungsinya akan disembuhkan dengan cara memperbaiki jaringan dan sel yang ada padanya sehingga mampu berfungsi dan sihat kembali.Contohnya kita berbekam pada titik jantung,hormon tersebut akan banyak dirembeskan pada kawasan jantung,jadi jika ada apa2 berlaku pada jantung pada masa-masa akan datang,sistem badan akan pantas secara auto memperbaiki/menstabilkan apa-apa kelemahan pada organ yang berkaitan jantung.

3) Apabila berbekam,secara tak langsung akan meningkatkan sistem antibodi tubuh badan. Organ tubuh yang mengalami infeksi kuman penyakit dapat sembuh secara automatik kerana tubuh memproduksi zat antibodi yang mampu membunuh kuman penyakit yang membahayakan. Jika organ tubuh sudah bebas dari sebarang infeksi penyakit maka tubuh pun akan sihat kembali seperti biasa.

BERURUT SEBELUM BERBEKAM ADALAH LEBIH BAIK


Sebelum seseorang menjalani rawatan bekam darah , anda disyorkan untuk menjalani rawatan urut badan.Urutan ini mampu melancarkan peredaran darah didalam badan.Selepas rawatan urut badan,pengaliran darah kotor adalah lebih banyak boleh dikeluarkan melalui bekam.Insyallah badan anda akan rasa lebih segar dan ringan.

Pakej rawatan urutan badan ditempat kami ialah RM60.00 sahaja.

BEKAM MERAWAT DARAH TINGGI


Hipertensi, yang diklasifikasikan sebagai `penyakit senyap’ ini juga sebenarnya penyumbang utama kepada banyak penyakit yang serius. Ini termasuklah penyakit jantung, angin ahmar (strok) dan kegagalan buah pinggang berfungsi.

Bagi merawat penyakit darah tinggi ini anda digalakkan untuk berbekam 2 minggu sekali bagi pesakit kronik dan sebulan sekali bagi yang terkawal.Selain daripada itu anda juga digalakkan makan herba tunjuk langit bagi mengawal kenaikkan darah anda.Insyallah anda akan merasa kelegaan selepas berbekam kerana darah kotor yang menyumbatkan salur darah dan bertoksid dikeluarkan.


CAS RAWATAN PALING MURAH ...



Kami menawarkan cas rawatan bekam yang paling murah dipasaran iaitu:

1)RM5/cup
2)RM4/cup bagi warga emas berusia 55 tahun keatas(minimum cup ialah 10 )

 

 

RAWATAN BEKAM DARAH ADALAH LEBIH BAIK BERBANDING BEKAM ANGIN



Ada sesetengah orang takut untuk melakukan bekam darah dan lebih memilih untuk melakukan bekam angin.Bekam angin dilakukan hanya dengan menyedut menggunakan cawan kaca yang dipanaskan manakala bekam darah dilakukan dengan melakukan tusukan jarum.Sebenarnya dengan adanya peralatan moden sekarang bekam darah tidak lagi menyakitkan.Kebaikan bekam darah ini ialah ia mampu untuk mengeluarkan darah kotor yang dipenuhi dengan toksid dalam badan serta sekaligus mampu mengeluarkan angin.Kadang-kadang jika anda melakukan bekam angin ,ada juga masalah dimana angin tidak dapat keluar disebabkan permukaan kulit terlalu dipenuhi dengan toksid.Insyallah dengan sedkit tusukan jarum melalui bekam darah , pada permukaan kulit yang bertoksid dan bertoksin angin didalam badan akan keluar bersama darah kotor.

SELAMAT MENCUBA!!!


BEKAM MERAWAT MASALAH MIGRAIN


Sudah ramai pesakit yang pulih dari migrain setelah menjalani rawatan bekam.Migrain seringkali terjadi disebabkan oleh terlalu stress,menghadap komputer dalam tempoh yang lama,terdedah kepada cuaca yang terlalu panas dsbnya.Dengan berbekam ia akan mengeluarkan darah kotor dibahagian kepala,tengkuk dan belikat.Insyallah masalah migrain anda akan hilang dan boleh menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Rawatan ini hanya RM50.00 sahaja

KEKERAPAN BERBEKAM....

Kepada mereka yang menghidap penyakit kritikal kekerapan berbekam ialah seminggu sekali .Bagi mereka yang sihat rawatan yang sesuai ialah sebulan sekali.Fungsi rawatan bekam ialah dua iaitu penyembuhan penyakit dan pencegahan.Insyallah dengan berbekam akan menghindari anda daripada penyakit berbahaya dan menyembuhkan penyakit yang sedia ada .

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

Saturday, May 26, 2012

BEKAM MENURUNKAN KADAR KOLESTEROL DALAM DARAH

BEKAM MERAWAT KEJANG OTOT

SERING KENCING MALAM BOLEH DIRAWAT DENGAN BERBEKAM...


Anak anda mungkin menghadapi masalah  kencing malam.Setiap hari nak kena cuci dan jemur tilam .Ini sudah tentu menimbulkan masalah.Selain daripada anak kecil yang kerap kencing malam ia turut dilalui oleh orang yang sudah lanjut usianya.Kegagalan otot untuk mengawal pundi kencing menyebabkan ianya tidak dapat menahan air kencing dari terus merembes keluar dan ini menyulitkan mereka untuk melakukan ibadat.Bagi mereka yang menghadapi masalah ini adalah disarankan berbekam sebulan sekali .Insyallah otot -otot anda akan menjadi bertambah kuat dan masalah kerap kencing dapat dikawal.Rawatan ini boleh dilakukan keatas kanak-kanak seusia 7 tahun hingga mereka yang lanjut usia 60 tahun..

PESAKIT SANGAT GEMBIRA SAKIT TANGAN BAIK SETELAH BERBEKAM..


Kesakitan tangan yang tidak diketahui punca sudah dialami beberapa bulan oleh seorang pesakit ini.Setiap malam tidak boleh tidur sebab tangan yang terlalu sakit.Tidurnya selalu tidak lena dan terganggu oleh masalah yang dihadapinya.Puas sudah dia berurut.Alhamdulillah setelah berbekam saya tanya respon kepada pesakit dan dia sangat-sangat gembira kerana rasa macam magik sebab sebelum bekam tangannya sakit tetapi setelah bekam tangannyta tidak lagi sakit dan boleh tidur dengan lena.Kerana terlalu gembira dia juga siap buat promosi di pejabatnya minta kawan-kawan yang ada masalah datang berbekam ditempat saya .Alhamdulillah terima kasih yer kak Mai sebab tolong promote tempat saya yang tak seberapa ni.Insyallah dia maklumkan akan datang berbekam lagi 2 minggu bagi rawatan susulan

MENGETAHUI TENTANG GANGGUAN MAKHLUK HALUS DENGAN BERBEKAM

Ada sesetengah orang yang mengalami sakit di sesuatu bahagian dalam tempoh yang agak lama.Contohnya sakit dibahagian pinggang,tengkuk,pening kepala berpanjangan,sakit dibahagian belakang lutut dan kaki terasa berat,letih lesu sepanjang hari.Puas berurut dan mendapatkan rawatan tetapi masih menemui jalan buntu dan tiada penyelesaian .

Perkara-perkara yang disebutkan diatas adalah kemungkinan anda mengalami gangguan makhluk halus.Apabila anda berbekam,ianya dapat dikenalpasti samada anda mengalami gangguan makhluk halus atau tidak.Biasanya mereka yang disyaki mengalami gangguan , tapak bekam ada tanda-tanda tompokan hitam dan darah mereka juga darah bertali.

Ada juga sesetengah orang yang tidak mempercayainya tetapi berdasarkan pengalaman saya membekam,pesakit yang menghadapi tanda-tanda yang disebutkan saya sarankan menjalani rawatan perubatan islam dan bila mereka  menjalani rawatan kebiasaannya memang sahih ada gangguan.

Sesungguhnya kewujudan jin dan syaitan ini sendiri ada ditulis didalam al quran.Jin suka mendiami darah manusia.

Rawatan bekam adalah salah satu usaha dan ikthiar bagi merawat masalah ini.Insyallah selepas berbekam badan yang terasa berat akan lebih ringan .Anda disarankan menjalani rawatn bekam dan ruqyah secara serentak

BEKAM MERAWAT SIHIR HANYA RM90.00 SAHAJA.. 

RAWATAN BEKAM BAIK UNTUK PESAKIT DARAH TINGGI



Adakah anda mengalami sakit darah tinggi yang kronik?..Tahukah anda dengan berbekam dibahagian tengkuk,belikat dan pinggang mampu mengatasi masalah yang anda alami.Darah tinggi berlaku disebabkan oleh pemakanan,stress ,perjalanan darah yang tidak dapat berjalan dengan lancar dan sebagainya.

Dengan berbekam,insyallah anda akan mengalami perbezaan yang ketara kerana anda tidak akan berasa pening lagi dikepala dan ketegangan di tengkuk akan selesai kerana darah kotor akan dikeluarkan bersama toksid yang ada didalam badan.Badan akan terasa lebih ringan ,segar dan cergas melakukan kerja.

Sebelum berbekam , satu pemeriksaan tekanan darah secara PERCUMA akan dilakukan untuk memantau kadar darah tinggi anda sebelum dan selepas berbekam..

BEKAM MERAWAT SAKIT LUTUT

Sakit lutut biasanya dialami oleh mereka yang semakin berusia.Bila berjalan banyak terasa cepat lenguh dan sengal-sengal dibahagian lutut.Ini berlaku mungkin disebabkan cecair didalam lutut yang semakin berkurangan atau mungkin juga kerana tidak biasa berjalan jauh dan mengalami sengal dibahagian sendi lutut dan betis.

Bagi mereka yang mengalami masalah sakit lutut dan sendi , anda digalakkan berbekam sebulan sekali supaya urat saraf yang bersimpul dibahagian tersebut dapat mengalirkan darah dengan lancar.Insyallah anda akan mengalami perbezaannya selepas berbekam

CAS RAWATAN HANYALAH RM5/CUP...


BEKAM MENYEMBUHKAN RACUN


Dari Ka'b bin Malik bahawa ada seorang perempuan Yahudi menghadiahkan seeekor kambing bakar kepada Nabi s.a.w di Khibar.

Baginda pun bertanya : "Apakah ini?"
Wanita itu menjawab: "Hadiah".

Wanita itu berhati-hati jangan sampai mengatakannya sama sekali. Tidak lama kemudian, Rasulallah s.a.w makan dan para sahabat pun makan.

Tiba-tiba baginda bersabda: "Hentikan!"

Kemudian baginda bertanya kepada wanita itu: "Apakah kamu telah meracuni kambing ini?"
Wanita itu menjawab : "Ya".

Baginda bertanya : "Mengapa?"
Wanita itu menjawab : "Aku ingin, sekiranya kamu pendusta, orang-orang akan segera boleh berehat dari kedustaan kamu, tetapi jika kamu seorang Nabi, maka itu tidak akan berbahaya bagi kamu."

Maka Rasulallah s.a.w berbekam tiga bekaman di tengkuk serta memerintahkan para sahabat supaya berbekam. Maka, mereka pun berbekam, tetapi sebahagian dari mereka meninggal.

HR. Abdurrazzaq (19814). Kisah ini ada sumbernya dalam riwayat BukhariTitik bekam di kawasan tengkuk adalah lokasi yang terbaik di mana pembuluh darah utama badan melalui titik tersebut,dan apabila proses bekam dilakukan kesemua darah kotor, racun, toksin yang ada diseluruh badan pastinya dapat disedut kerana tengkuk dan bahu adalah laluan utama yang menghubungkan otak kepada sistem peredaran darah.

NAFAS TIDAK BERBAU SELEPAS BERBEKAM RESDUNG

Pada minggu lepas pesakit ini datang berbekam di muka kerana mukanya gatal-gatal disebabkan resdung, dan juga memberitahu nafas yang agak berbau.Beliau berbekam di keseluruhan muka.Alhamdulillah,malam tadi beliau datang berbekam lagi dimuka dan memberitahu selepas berbekam pada minggu lepas nafasnya sudah tidak berbau lagi dan gatal-gatal dimuka semakin berkurangan.Beliau bercadang untuk menjalani rawatan bekam ini secara konsisten sehingga masalah resdungnya selesai...Alhamdulillah segala kesembuhan itu datangnya dari ALLAH SWT.

 

RAWATAN BEKAM MENINGKATKAN KUALITI KESIHATAN ANDA

Bagi mereka yang sering mengamalkan perubatan bekam sunnah,anda pasti menyedari bahawa kualiti kesihatan badan anda akan terasa meningkat dari masa ke semasa.Berbekam secara umum adalah proses penyahtoksidan badan melalui pengeluaran darah kotor,jadi jika kita kerap berbekam,maka semakin hari semakin kuranglah kandungan toksid dalam darah dan dalam masa yang sama semakin banyak penghasilan sel darah merah yang baru serta sel darah putih yang menyumbang kepada peningkatan antibodi dalam badan amnya.Badan juga terasa semakin ringan ,segar ,dan bertenaga untuk melakukan kerja harian.Selain itu,bagi yang berbekam dimuka,kulit akan menjadi semakin sihat ,cantik dan berseri-seri.Anda juga digalakkan untuk terus berbekam sebulan sekali bagi mengelakkan mendapat penyakit berbahaya. Rawatan bekam yang ditawarkan adalah termurah dipasaran iaitu RM5/cup dan RM4/cup bagi warga emas berusia 55 tahun keatas.
Kepada para wanita diluarsana yang menghadapi masalah berkaitan dengan rahim seperti senggugut,ketumbuhan,keputihan,kesuburan  dan sebagainya anda digalakkan berbekam sebulan sekali.Rawatan bekam yang dilakukan akan melancarkan pengaliran darah  dan membuang darah kotor pada rahim anda.Bila rahim kita sihat insyallah masalah-masalah yang berkaitan dapat diatasi.Rawatan ini melibatkan 10 cawan dan cas hanya RM50.00 sahaja.

JANGAN TERTIPU..FAHAMI TENTANG BEKAM DARAH

Ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh pesakit saya.Beliau menghadapi masalah darah tinggi dan kencing manis .Penyakit beliau bukanlah diperingkat teruk semasa beliau datang kekedai saya.Sebelum ini beliau pernah menjalani pembedahan dikaki bagi mengeluarkan nanah yang sukar sembuh kerana dikesan ada kencing manis.Jadi sudah sahih lah yang beliau menghidap kencing manis dan dapat pengesahan doktor.SEbelum beliau datang kekedai saya beliau telah pergi ke menjalani rawatan bekam di sebuah pusat rawatan.Tujuan beliau adalah untuk membuat bekam darah tetapi selepas bekam angin dilakukan dipusat rawatan tersebut didapati tiada kesan lebam kehitaman dan angin pada tapak bekam.Oleh itu jurubekam tersebut menyatakan beliau tidak perlu buat bekam darah kerana beliau tidak ada sebarang penyakit.Oleh kerana tidak berpuashati beliau datang ke pusat rawatan saya.Setelah diberi penjelasan dengan teliti beliau bersetuju menjalani rawatan bekam darah.Semasa proses bekam darah dijalankan,darah kotor yang keluar dari badan pesakit adalah banyak ,berketul2 dan berwarna kehitaman.Angin juga keluar dengan banyak.Selepas berbekam beliau berasa sangat lega terutamanya dibahagian tengkuk yang dirasakan tegang akibat darah tinggi dan sakit kepala beliau hilang sejurus berbekam.Beliau juga merasa puashati dengan rawatan yang diberikan dan selesa dengan kemudahan yang ada.Beliau bercadang untuk datang berbekam lagi pada 2 minggu kemudian.Untuk pengetahuan umum,ini adalah pertama kali beliau berbekam.Oleh itu saya menasihatkan kepada sesiapa sahaja yang ingin berbekam,pastikan anda mendapatkan maklumat yang jelas sebelum berbekam supaya tidak tertipu dan mendapatkan kesembuhan yang maksimum.

KEPADA SESIAPA YANG INGIN BERBEKAM ANDA BOLEH MENCUBA RAWATAN INI KERANA IA ADALAH SUNNAH NABI DAN NABI SENDIRI MENGGALAKKAN UMATNYA BERBEKAM.

CAS RAWATAN TERMURAH DI TEMPAT SAYA HANYA RM5/CUP

BEKAM MENGATASI INSOMNIA


Insomnia merupakan ketidakupayaan untuk tidur, atau ketidakupayaan untuk mendapatkan tidur yang secukupnya. Jumlah waktu tidur yang diperlukan oleh seseorang bergantung kepada umurnya. Bayi-bayi dan kanak-kanak memerlukan waktu tidur yang lebih lama berbanding warga tua. Jumlah tidur yang diperlukan oleh warga tua adalah sekitar 4-5 jam berbanding dengan orang yang lebih muda yang memerlukan 8 jam.

Punca-punca
i) Tekanan dan kerisauan
ii) Ketidakselesaan persekitaran sekeliling yang tidak sesuai untuk tidur – misalannya, bising dan kotor, sejuk atau panas.
iii)Persekitaran baru – e.g. Berpindah ke rumah baru.
iv) Nokturia (kencing pada waktu malam) – biasanya didapati pada warga tua disebabkan oleh penyakit-penyakit .
v) Sakit pada penyakit-penyakit tertentu.
vi) Pemberhentian pengambilan ubat-ubat tertentu, seperti agen hipnotik.
vii)Terlalu letih dan penat

Bagi mengatasi masalah insomnia ini ,anda digalakkan berbekam sebulan sekali.Dengan berbekam anda akan merasa kesegaran dan bila badan sudah cergas ini akan memudahkan anda untuk tidur malam dengan lena .Badan juga akan terasa ringan.Selain itu bagi yang sukar tidur malam anda disarankan untuk menjalani rawatan terapi aura seri kerana berkemungkinan terdapat gangguan makhluk halus didalam badan.

Titik bekam untuk masalah ini ialah 14 cup /RM70.00 sahaja.

BEKAM ANGIN DAN BEKAM DARAH

Bekam angin adalah bekam tanpa mengeluarkan darah,kawasan yang dibekam adalah bahagian yang dirasakan banyak angin dan sengal-sengal.Khasiat kaedah bekam ini ialah dapat mengeluarkan angin dari badan,menyegarkan badan,melonggarkan urat saraf yang bersimpul,menghilangkan kelesuan dan merawat penyakit lelah.
Info Ringkas Tentang Kaedah Bekam Angin & Bekam Sunnah..

Kaedah Bekam Angin

-Ia juga dikenali sebagai bekam cina/bekam kering dan ia bukan sunnah nabi.
-Ia dilakukan dibahagian belakang badan/dada.
-Tiada tusukan jarum dan proses pengeluaran darah dari badan.
-Cup diletakkan kira-kira 20min pada anggota badan bagi proses pengeluaran angin dari dalam badan.
-Boleh melakukan rawatan ini dengan kerap dan tiada kesan sampingan.
-Akan ada kelihatan wap-wap air pada cup bekam selepas tamat rawatan ini.
-Manfaat kaedah bekam ini akan membuatkan badan terasa ringan dan menghilangkan kelesuan badan.

Kaedah Bekam Sunnah

-Ia juga dikenali sebagai bekam darah/al hijamah dan kaedah ini adalah SUNNAH.

-Umat islam dianjurkan merasai bekam sunnah ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
-Bagi orang sihat dianjurkan menerima rawatan bekam sunnah ini sebulan sekali dan bagi orang berpenyakit 2 minggu sekali.
-Mampu menyembuhkan hampir 93 jenis penyakit kritikal.
-Jurubekam wajib memakai sarung tangan untuk langkah keselamatan.
-Jarum yang digunakan perlu PAKAI BUANG dan setiap pelanggan akan diperuntukkan satu jarum baru.
-Proses sedutan darah akan dilakukan sebanyak 2x bagi memaksimumkan pengeluaran darah kotor.
-Diakhir rawatan bekam,kawasan yang telah dibekam akan disapu dengan alcohol swab untuk proses steril dan selepas itu disapu pula dengan krim antiseptik
-Semua cawan bekam yang sudah digunakan akan dibasuh dengan teliti dan cermat dengan menggunakan cecair Dettol bagi proses STERIL/NYAHKUMAN.
Khasiat Bekam Darah
Bekam darah adalah bekam sunnah dan ia dapat menghindari 93 jenis penyakit dimasa-masa akan datang. Bekam darah amat berkesan dalam merawat penyakit darah tinggi, kencing manis, migrain, resdung, gout, sihir, penyakit kulit dan banyak lagi.Kebaikan bekam darah berbanding dengan bekam angin ialah bekam darah boleh mengeluarkan angin dan darah kotor serentak.Oleh itu pesakit adalah lebih digalakkan melakukan bekam darah bagi kesembuhan yang maksimum.
Bukan bermakna jika anda melakukan bekam angin dan tiada wap yang kelihatan atau tapak bekam tidak lebam dan kemerahan menandakan anda bebas dari sebarang penyakit.Kadang-kadang bekam angin sahaja tidak mampu untuk menunjukkan bahawa badan anda sebenarnya mempunyai toksid yang banyak.
SELAMAT BERBEKAM …BEKAM ADALAH SUNNAH NABI DAN SESIAPA YANG MENGAMALKANNYA MENDAPAT KEBERKATAN DAN KESEMBUHAN

MANFAAT DARI BERBEKAM

1) Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.

2) Memperbaiki aliran pembuluh darah.

3) Menghilangkan kejang-kejang dan luka dalaman pada otot.

4) Bermanfaat bagi penderita asma,pneumonia dan angina pectoris.

5) Bermanfaat ketika mengalami pening,luka dalaman di bahagian kepala dan wajah,migrain dan sakit gigi.

6) Ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun.

7) Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita.

8) Ketika terkena sengal,sciatica dan tulang.

9) Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis.

10) Ketika mengalami sakit bahu,dada dan punggung.

11) Bermanfaat mengatasi kemalasan,kelesuan dan banyak tidur.

12) Bermanfaat mengatasi luka-luka,bisul,jerawat dan gatal-gatal kulit.

13) Bermanfaat mengatasi pericarditis dan (radang selaput jantung) dan nephritis (radang ginjal) yang parah.

14) Bermanfaat mengatasi keracunan.

15) Bermanfaat mengatasi luka-luka bernanah.

BEKAM MENGATASI MASALAH SAKIT BELAKANG


Saya pasti ramai diluarsana yang menghadapi masalah sakit belakang terutamanya dibahagian belikat,bahu dan pinggang.Ini terjadi mungkin disebabkan stress ditempat kerja dan mengangkat barang berat,terjatuh dan sebagainya.Tahukah anda dengan berbekam ia mampu melonggarkan segala urat saraf anda yang bersimpul dan memberikan pengaliran darah dengan lancar?.Saya mengesyorkan kepada mereka yang menghadapi masalah ini anda boleh mencuba dengan berbekam.Insyallah belakang anda tidak akan sakit lagi.Selamat berbekam dan rawatan ini hanya RM50.00

 

MENGATASI MASALAH HAID TIDAK TETAP

Bagi kaum wanita ,adakah anda mengalami masalah datang haid yang tidak tetap?..Berbulan-bulan tidak datang bulan disebabkan masalah hormon?..Tahukah anda dengan berbekam ia mampu untuk mengatasi masalah haid yang tidak tetap kerana berbekam melancarkan perjalanan darah dan membuang darah kotor

Kedatangan haid tiga atau empat kali setahun adalah sesuatu yang membimbangkan kaum wanita, kerana kitaran haid yang tidak teratur sering dikaitkan dengan masalah kesuburan. Bahkan, wanita yang mengalami haid terlalu kerap dan panjang juga sebenarnya menghadapi masalah sakit puan kerana fenomena ini akan menyebabkan mereka menopaus sebelum waktunya.

Anda juga disarankan merawat masalah ini dengan berbekam sebulan sekali.Selain itu anda juga disarankan minum madu yang dicampur habbatus sauda bagi melancarkan lagi darah haid anda..Insyallah anda akan datang haid seperti sediakala.

BAGAIMANA PROSES BERBEKAM DILAKUKAN?



1.Badan pesakit akan diurut seketika bagi memudahkan darah mengalir dengan lancar

2.Cawan atau cup diletakkan diatas tubuh badan yang sakit dan disedut dengan pam vakum

3.Setelah disedut ia dibiarkan dalam 3 hingga 4 minit bagi proses bekam angin

4.Cawan atau cup dicabut dan proses mencucuk dengan jarum dimulakan.Jarum yang digunakan adalah pakai buang dan tusukan yang dilakukan adalah dibawah permukaan kulit sahaja dengan anggaran kedalaman kurang 0.1mm

5.Cawan atau cup akan disedut semula dengan pam vakum bagi proses pengeluaran darah kotor.Darah kotor akan disedut selama 3 hingga 10 minit.

 6.Darah kotor yang keluar akan dilap menggunakan tisu dan proses pengeluaran darah kotor akan dilakukan sebanyak 2x

BEKAM MERAWAT PENYAKIT SAWAN



Sawan terjadi disebabkan oleh :
 
·       Strok – punca yang paling biasa. Salur darah menjadi sempit apabila usia meningkat, mengakibatkan penghalangan aliran darah dan oksigen ke sebahagian otak. Pendarahan dalam otak juga boleh menyebabkan kerosakan pada otak dan seterusnya mengakibatkan sawan.
·        Sistem saraf – sistem saraf berubah apabila usia meningkat, ini menyebabkan orang tua lebih peka kepada perubahan aktiviti elektrik dalam otak yang membawa kepada sawan.
·        Serangan jantung – pengangkutan oksigen ke otak tergendala yang mengakibatkan kerosakan dan seterusnya berlakunya sawan.
·        Penyakit – penyakit Alzheimer’s dan penyakit otak yang lain mengubah struktur otak dan meningkatkan kecenderungan berlakunya sawan.
·        Tumor otak – sebarang jenis tumor otak mungkin mengakibatkan sawan. Kadang-kala penyingkiran tumor dapat menghentikan sawan.
·        Pembedahan – parut dari pembedahan mungkin menjadi punca berlakunya sawan pada masa depan.
 
Dengan berbekam akan melancarkan lagi peredaran darah didalam salur darah dan seterusnya akan menyembuhkan masalah sawan anda.Cubalah berbekam insyallah anda tidak akan diserang sawan lagi.

CARA ATASI SAKIT KEPALA DAN MIGRAIN

 
Kepada mereka – mereka diluarsana yang kerapkali menghadapi sakit kepala seperti pening dan migrain,anda digalakkan berbekam 2 MINGGU sekali.Dengan berbekam darah yang akan disalurkan ke kepala akan berjalan dengan lancar.Ia juga akan mengeluarkan angin dalam badan dimana apabila banyak angin dalam badan kita ia akan mengakibatkan kelesuan dan sakit kepala.Insyallah rawatan ini sangat berkesan kepada penderita migrain.

BEKAM OVERHAUL 69 CUP..

 
Pasti anda terkejut bukan dengan kenyataan diatas tapi itulah hakikatnya.Semalam saya membekam seorang pesakit sehingga 69 cup melibatkan bahagian depan ,belakang badan ,bahagian tepi peha,lutut,kaki dan perut.Janganlah anda terkejut ,sebenarnya pesakit saya ini sudah biasa berbekam banyak-banyak cup .Beliau menghadapi masalah lutut dan telah menjalani pembedahan kira-kira 4 bulan lepas.Ini adalah bekam kali keempat yang dilakukannya.Sebelum pembedahan beliau pernah buat bekam 55 cup,68 cup,62 cup dan terbaru 69 cup.Alhamdulillah beliau tidak ada rasa pening atau lesu akibat darah yang keluar adalah banyak tetapi beliau merasa satu kepuasan apabila badan beliau ringan selepas berbekam.Bengkak di kaki beliau juga surut dengan cepat lepas berbekam.Rawatan melibatkan jumlah cup yang banyak ini adalah berdasarkan permintaan daripada beliau sendiri yang inginkan bekam overhaul kecuali kepala.Doktor yang merawat beliau juga menyarankan beliau menjalani bekam kerana bekam boleh membuang darah kotor dan melancarkan darah.

Bekam overhaul yang biasa dilakukan oleh pesakit lain biasanya sekitar 22 cup hingga 40 cup sahaja.Hanya mereka yang mempunyai daya ketahanan badan yang tinggi boleh melakukan bekam yang banyak seperti pesakit saya ini.

Sunday 16 December 2012

MUNTAH BERCAMPUR DARAH SELEPAS TERAPI AURA SERI..



 

 

Kisah ini berlaku keatas pesakit saya yang mengalami masalah gangguan sihir.Beliau merasa tidak sedap badan dimana terasa pinggang sakit,bahu berat,kepala pening dan loya.Keadaan ini menyukarkan beliau untuk melakukan kerja seharian dan bekerja.Saya melakukan bekam sihir dan mendapati tapak bekam ada kesan kehitaman dan darah bertali.Selepas rawatan bekam saya ruqyah pesakit dengan rawatan aura seri dan selepas sahaja ruqyah beliau muntah yang bercampur dengan darah.Saya menasihatkan pesakit mandi air doa selama 3 hari berturut dan membuat rawatan susulan.


SEMAKIN RAMAI PESAKIT GOUT BERBEKAM

 
Alhamdulillah kini semakin ramai dikalangan pesakit gout yang datang berbekam di pusat kami.Kebanyakan mereka yang menghadapi masalah gout ini merasa sangat lega lepas berbekam dan menyampaikan tentang keberkesanan rawatan ini kepada rakan-rakan.Ada juga dikalangan pesakit gout yang sudah pulih selepas mendapatkan rawatan bekam yang konsisten.Boleh dikatakan hampir setiap hari kedai saya dikunjungi oleh penghidap gout.Baru-baru ini juga saya membekam Pengarah Mardi dimana beliau berhabis ratusan ringgit sebulan untuk mengubati gout dan sakit pinggang tetapi tidak memberi kesan.Setelah kali pertama berbekam ,beliau terasa perubahan pada dirinya iaitu tangan yang sebelum ini kebas sudah kurang kebas dan pinggang kurang berasa sakit.Beliau juga sudah melakukan bekam kali kedua selang beberapa hari kemudian dan telah booking apponment untuk rawatan ketiga sebab katanya hendak cepat baik.

Jadi kepada anda diluarsana yang mengalami gout cepatlah berbekam kerana ternyata rawatan bekam sangat berkesan kepada anda penderita gout..

Sila buat temujanji awal kepada Pn Aini 019-2608092

JIKA ANDA KUAT BERDENGKUR MARILAH BERBEKAM..

 
Kepada anda yang kerap berdengkur ketika tidur pastinya dengkuran anda akan menggangu orang lain Punca berdengkur adalah disebabkan oleh badan anda yang terlalu letih dan juga biasanya dialami oleh mereka yang bertubuh besar.Insyallah dengan bekam mampu mengatasi masalah anda kerana bekam mampu mengatasi keletihan dan lesu.Selepas berbekam anda akan lebih cergas dan mendapat kualiti tidur yang lebih baik.

Sila buat temujanji rawatan lebih awal kepada Azlan/Mohd Fazerin/Pn Aini